Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyokong langkah kerajaan melonggarkan peraturan dan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kerana negara sedang memasuki fasa pemulihan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kemudahan perubatan juga tidak lagi terbeban kerana kes baru harian secara tekal berada pada paras kurang daripada 100.

Pada masa sama, katanya, KKM mampu meningkatkan kadar ujian saringan sehingga melebihi 16,500 kes sehari dan ia membantu mengawal jangkitan wabak tersebut.

Selepas tiga fasa PKP, kata Noor Hisham, Malaysia berjaya melandaikan kelok jangkitan dan sebagai tindak balas, kerajaan perlu mencari keseimbangan di antara kehidupan dan mata pencarian.

"Kita sudah melakukan PKP pertama, kedua dan ketiga [...] matlamat PKP pada dasarnya ialah melandaikan kelok dan kita sudah mencapai hal itu.

"Sekarang adalah fasa seterusnya. Fasa selanjutnya ialah menguruskan virus dalam masyarakat kita," katanya.

Noor Hisham berkata demikian pada sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Pagi tadi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula mulai 4 Mei ini.

Semasa menyampaikan ucapannya juga Muhyiddin memberitahu, pelaksanaan PKP memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan menyebabkan kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Apabila ekonomi dibuka semula, kerajaan mengumumkan, sektor terbabit perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ketat bagi mengelak berlakunya jangkitan baru Covid-19.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS