Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR Sarawak gesa k'jaan gubal undang-undang antilompat parti
Diterbitkan:  May 30, 2020 4:30 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

PKR Sarawak menggesa kerajaan menggubal undang-undang bagi mencegah ahli parlimen lompat parti.

Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak Abun Sui Anyit berkata wakil rakyat yang lompat parti harus diuji dengan mengosongkan kerusinya melalui penyerahan kembali kepada kuasa rakyat.

"Alasan meninggalkan parti disebabkan oleh masalah dalaman parti bukanlah alasan yang boleh diterima kerana dalam sesebuah parti itu ada peraturan dan perlembagaannya sendiri.

"Parti boleh mengambil tindakan berdasarkan tingkat kesalahan seseorang ahli dan ahli yang tidak puas hati terhadap pemimpin pun ada peraturannya sendiri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Abun Sui juga berkata, setiap parti politik mempunyai mesyuarat agung pemilihan untuk mana-mana pihak yang merasakan ada kekuatan sokongan bertanding jawatan parti.

"Selain dari itu ada peruntukan membolehkan pemimpin sesebuah parti itu disingkir melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa parti," tambahnya.

Kenyataan Abun Sui hadir beberapa jam selepas dua bekas pemimpin kanan PKR Sarawak - Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Ahli Parlimen Batu Lintang See Chee How dilapor menyertai Parti Bersatu Sarawak (PSB).

Keanggotaan Baru dalam PKR dibatalkan secara automatik setelah dia menyertai kumpulan Mohamed Azmin Ali untuk bergabung dengan Bersatu pada akhir Februari.

Baru bagaimanapun kemudian mengisytiharkan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad.

Sementara keahlian See dalam PKR digantung pada April.

Kenyataan Abun Sui tidak menyebut mengenai dua pemimpin itu, yang sebelum ini dilihat merupakan sekutu rapatnya.

Abun Sui menjelaskan bahawa undang-undang untuk mencegah lompat parti akan melindungi pengundi daripada dikhianati oleh ahli parlimen yang mementingkan diri sendiri.

"Selain dari itu, akta anti lompat ini juga bertujuan untuk melindungi mereka yang terjejas iaitu ahli parti dan pengundi asal yang memberi kemenangan kepada mereka.

"Kita tidak mahu mereka yang terlibat lompat parti dianggap oleh para pengundi dan rakyat seorang sebagai pemimpin yang tidak berprinsip dan tidak bermaruah kerana boleh menukar parti mengikut selera sendiri pada bila – bila masa yang dia suka," katanya.

Lihat Komen
ADS