Orang tengah: Pemimpin Umno tidak sependapat
Para pemimpin Umno tidak sependapat dengan peranan 'orang tengah' bagi menyelesaikan krisis antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Para pemimpin Umno tidak sependapat dengan peranan 'orang tengah' bagi menyelesaikan krisis antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagi mereka adalah lebih baik dan mudah jika kedua-dua Presiden dan bekas Presiden Umno itu bertemu sendiri menyelesaikan perbezaan pendapat mereka.
Ketua Umno bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar berpendapat adalah lebih baik Abdullah dan Dr Mahathir bertemu tanpa menggunakan orang ketiga.
Katanya, bertemu atas daya usaha sendiri lebih berkesan daripada menggunakan orang perantaran kerana segala yang terbuku di hati dapat disuarakan secara terbuka.
"Masalahnya sekarang adakah Tun Dr Mahathir sanggup bertemu dengan Pak Lah setelah beliau mengkritik Perdana Menteri itu dengan hebat," soal beliau juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Rahman yang juga ahli Parlimen Marang bagaimanapun tidak menafikan kewibaaan Tun Khalil Yaakob yang dikatakan telah dilantik sebagai orang tengah bagai mendamaikan kedua-dua pemimpin yang sedang berkrisis itu.
Minggu lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin mengumumkan orang tengah akan dilantik bagi mendamaikan Abdullah dan Dr. Mahathir. Beberapa nama telah disebut-sebuh sebagai orang tengah berkenaan antaranya termasuklah beka Setiausaha Agung Umno, Tun Khalil Yaakob dan ahli perniagaan, Datuk Mohd Abid.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi Abdul Rahman pula berkata, jalan penyelesaian paling baik ialah kedua-dua pemimpin itu bersemuka.
" Kalau mereka berdua berunding sesama sendiri mungkin lebih berkesan. Persoalannya sekarang sanggupkah kedua-dua mereka bertemu?
" Sanggupkah mereka mengorbankan ego masing-masing. Bagi saya kalau kedua-dua pihak ikhlas, masalah ini dapat diselesaikan segera," tambahnya lagi.
Bagi mereka adalah lebih baik dan mudah jika kedua-dua Presiden dan bekas Presiden Umno itu bertemu sendiri menyelesaikan perbezaan pendapat mereka.
Bagi mereka adalah lebih baik dan mudah jika kedua-dua Presiden dan bekas Presiden Umno itu bertemu sendiri menyelesaikan perbezaan pendapat mereka.
Ahli Parlimen Grik, Prof Datuk Wan Hashim Wan Teh pula berkata, krisis antara Abdullah dan Dr. Mahathir ini perlu diselesaikan secepat mungkin.
Menurutnya, menggunakan orang tengah mungkin satu insiatif yang baik untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Beliau juga berpendapat, pemilihan Khalil adalah tepat kerana beliau merupakan tokoh yang amat dihormati oleh Abdullah dan Dr Mahathir.
"Kedudukan Tun Khalil sebagai Yang Dipertua Melaka mungkin boleh menjadikan usaha itu lebih berkesan," katanya.

