Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan Warisan Sabah masih utuh setelah lagi cubaan rampasan kuasa

Kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Warisan dilanda satu lagi cubaan rampasan kuasa politik, dengan tidak kurang 12 wakil rakyatnya mendakwa mereka “dilamar” untuk keluar parti masing-masing.

"Ini gelombang kedua. Seperti gelombang pertama, serangan itu tidak menggegarkan kerajaan negeri kerana kita masih mempunyai 43 daripada 60 Adun.

"(Selain itu) kami juga mempunyai lima Adun yang dipilih yang juga adalah sebahagian daripada kerajaan. Kami tetap utuh dengan lebih dua pertiga majoriti," kata Pengerusi Warisan Liew Vui Keong dalam wawancara dengan Malaysiakini.

"Khabar angin bahawa pemerintah Warisan akan tumbang sama sekali tidak benar, ia mengarut," kata bekas menteri di jabatan perdana menteri itu.

"Sekurang-kurangnya dua Adun kita (yang dihubungi parti lain) telah membuat laporan polis. Saya harap polis akan segera menyiasat 'pembelian' haram yang dicemari unsur jenayah itu," katanya.

Beliau juga mendesak polis supaya menyiasat "agen provokator dan dalang di sebalik tuduhan skema tersebut.

"Dalang itu adalah orang yang akan mendapat manfaat. Tidak susah untuk meneka (siapa yang menjadi dalang)," katanya, yang enggan menamakan dalang politik berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Warisan Sepanggar, Azis Jamman memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa rakannya menerima pesanan teks dari individu yang mengaku sebagai ejen kepada "nombor satu".

Dalam perkembangan lain, Adun Gum Gum, Arunarsin Taib berkata bahawa dia telah dihubungi sebanyak 10 kali sejak bulan lalu untuk memujuknya menyokong bekas ketua Umno Sabah Musa Aman sebagai ketua menteri.

Bekas timbalan menteri belia dan sukan Sabah itu mendakwa habuan untuk melompat parti yang ditawarkan adalah wang RM27 juta, tidak termasuk "bonus" RM5 juta yang ditawarkan kepada mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Adun DAP Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Calvin Chong (Elopura) semalam membuat laporan polis mendakwa menerima kunjungan dari ejen politik di rumah yang cuba memujuk mereka keluar parti.

Awal hari ini, Straits Times Singapura melaporkan kerajaan negeri Sabah berada di hujung tanduk dengan sekurang-kurangnya 14 Adun bersetuju untuk meninggalkan Ketua Menteri Shafie Apdal.

Sumber yang bercakap kepada Straits Times memaklumkan bahawa kumpulan itu sedang menunggu kebenaran untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS