Imbuhan RM500 untuk petugas kesihatan
Diterbitkan: Nov 6, 2020 4:46 PM
Kerajaan akan memberikan RM500 kepada kumpulan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghargai jasa mereka mengekang Covid-19.
Imbuhan itu diumumkan menteri kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Bantuan sekali (one-off) itu sebagai tambahan kepada elaun khas Covid-19 sebanyak RM600 sebulan yang diberikan sejak Mac.
Ia dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.