Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Asean perlu berubah bagi membolehkan pertubuhan itu lebih dekat dengan rakyatnya.

"Asean telah mencapai kejayaan yang cukup gemilang dalam tempoh 39 tahun lalu dan untuk mengekalan pencapaian ini ia perlu berubah mengikut keperluan semasa."

"Asean perlu melengkapkan diri untuk terus boleh bersaing dengan negara lain di peringkat antarabangsa," katanya ketika merasmikan Ceramah Asean 2006 sempena ulangtahun penubuhan Asean ke-39 di ibu negara petang tadi

Abdullah juga berkata, Asean perlu terus berpegang pada prinsip tidak mencampuri urusan negara lain di samping sentiasa berkerjasama untuk memakmurkan rantau ini.

" Ini sejajar dengan prinsip Asean yang menghormati kebebasan dan menyelesaikan sebarang masalah secara bersama," tambahnya.

Beliau memberi contoh, kerjasama anggota Asean terserlah dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina.

"Asean menganggap penyelesaikan pertelingkahan antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebabsan Islam Moro sangat penting bagi kestabilan rantau ini," katanya .

Abdullah menambah, Asean juga sangat penting bagi Malaysia kerana ia memberi ia memainkan perana dan kesan besar dalam hubungan antarabangsa negara ini.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Syed Hamid Albar ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, Burma akan terus kekal sebagai anggota Asean .

Oleh itu katanya, apa yang berlaku kepada Burma perlu diberi perhatian oleh Asean kerana ia secara tidak langsung membabitkan negara rantau ini.