Malaysiakini
BERITA

Penunjuk perasaan bakar parlimen Guetemala, bantah potong belanjawan

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Nov 2020, 6:43 pagi

GLOBAL | Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi membantah Presiden Guetemala Alejandro Giammattei, menggesanya supaya meletak jawatan, kata laporan.

Menurut Reuters, terdapat penunjuk perasaan yang bertindak membakar bangunan parlimen, di Guetemala City hari ini kerana marah terhadap pemotongan peruntukan dalam Belanjawan 2021 negara itu yang baru dilanda taufan.

Walaupun sebahagian besar penunjuk perasaan berdemonstrasi secara aman, namun ada yang bertindak memecahkan tingkap bangunan Kongres Guetemala dan kemudian menyalakan api di dalamnya.

"Kepulan asap kelabu dapat dilihat dari jauh," kata laporan Reuters.

Belanjawan Guetemala berjumlah AS12.9 bilion itu menambah hutang awam manakala memotong peruntukan penjagaan kesihatan, pendidikan, sistem kehakiman dan hak asasi manusia.

Hal itu, kata Reuters membangkitkan kemarahan rakyat Guetemala, daripada mahasiswa sehinggalah kepada ahli perniagaan ketika krisis ekonomi akibat wabak Covid-19.

“Kongres memperuntukkan lebih banyak belanja untuk 'hidangan' mereka dan tidak memberi peruntukan kepada rakyat miskin," kata seorang pelajar, Diego Herrera, 25, lapor Reuters lagi.

Sementara itu, presiden Guetemala berkata akan bertemu dengan sesiapa sahaja untuk memperjelas belanjawannya.

Giammattei berkata sedang berbincang dengan berbagai sektor untuk menganalisa perubahan di dalam bajet negara itu.

Bajet Guetemala, malahan dibantah naib presidennya sendiri Guillermo Castillo, yang mencadangkan kedua-duanya meletak jawatan.

Giammattei menjadi presiden pada Januari, selepas wabak Covid-19 tercetus mendorong langkah-langkah kawalan pergerakan yang memberi dampak buruk kepada ekonomi.

Pada November, dua taufan Eta dan kemudian Iota memusnahkan penghidupan dan hasil pertanian ribuan keluarga di Guetemala.

[Baca laporan asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan