Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPB: Perniagaan dibenarkan operasi sehingga 12 tengah malam
Diterbitkan:  Nov 23, 2020 8:55 PM
Dikemaskini: 12:55 PM

Perniagaan di negeri yang dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), termasuk restoran dan kedai serbaneka, dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam mulai esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Menurut Ismail, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan perkara itu susulan aduan pelbagai pihak termasuk restoran, yang pada masa ini hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

"Saya banya terima aduan daripada netizen dan orang ramai, persatuan restoran pun buat aduan, terutama bagi masyarakat Islam, mereka biasanya keluar selepas waktu Isyak, (iaitu) sembilan malam.

"Kesan (had waktu operasi) kepada peniaga memang tinggi.

"Mesyuarat hari ini membincangkan perkara ini dan setuju membenarkan restoran dan peniaga lain sehingga pukul 12 malam," katanya sambil memaklumkan peraturan baru itu berkuatkuasa esok.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS