Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut disiasat berkaitan dakwaan pembabitannya dalam skandal 'Oil For Food', program bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kepada Iraq.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebuah badan bebas patut menyiasat Abdullah kerana beliau dikatakan mendapat faedah atau keuntungan dari program yang membabitkan sebuah syarikat yang berkaitan dengan keluarganya.

Dr Mahathir juga mahu kerajaan memberi jaminan bertulis tidak akan mengambil tindakan terhadapnya jika beliau mendedahkan dokumen rahsia bagi membuktikan Malaysia yang terlebih dahulu menawarkan pasir dan ruang udara kepada Singapura dalam isu 'jambatan bengkok'.

Beliau meminta jaminan itu dalam sesi soal jawab di majlis ceramah anjuran Dewan Perhimpunan Malayu Kedah (DPMK) di Alor Setar semalam.

Dalam majlis itu, bekas Perdana Menteri itu turut menjawab persoalan berhubung Datuk Seri Rafidah Aziz, keputusannya menghadiri Perhimpunan Agung UMNO, kuota pencalonan UMNO, saham MAS dan Tan Sri Tajuddin Ramli serta isu kehakiman dan Tun Salleh Abas.

DPMK yang menganjurkan majlis itu ialah sebuah badan terbuka yang boleh dianggotai oleh semua orang Melayu negeri Kedah tanpa mengira fahaman politik asalkan bukan wakil rakyat yang sedang berkhidmat.

Berikut ialah transkrip soal jawab Dr Mahathir dalam sidang akhbar selepas majlis ceramah berkenaan yang dipetik dari Agendadaily.com :

Wartawan: (Merujuk kepada keputusannya hendak hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO) Apakah Tun bercadang untuk berucap di perhimpunan itu jika diberi peluang?

Dr Mahathir: Yajika saya dibenarkan berucap saya akan berucap...jika saya dibenarkanlah (nada sinis).

Wartawan Agendadaily: Apakah Tun sudah tandatangani borang pemilihan bertanding jadi perwakilan (UMNO Bahagian Kubang Pasu) ?

Dr Mahathir: Dah sign dahkita sign awal-awal lagi.

Wartawan Agendadaily: So no turning back ?

Dr Mahathir: No turning back saya ahli biasa UMNO..nombor 1ahli pertama UMNO (baru - selepas mahkamah putuskan UMNO lama tak sah berikutan krisis pertandingan Team A dan Team B pada tahun 1987) sekarang saya tak boleh bercakap dalam UMNO

Wartawan Agendadaily: Tidakkah kehadiran Tun akan wujudkan suasana yang tension nanti di perhimpunan itu?

Dr Mahathir: Tak patut ada tension saya ahli UMNO...saya tahu kalau kita nak ada Perhimpunan Agung UMNO yang mana semua orang bangun kata kami sokongkami sokongtak semacam UMNO semasa sayalah...saya pun kena hentam juga masa sayajadi dalam UMNO memanglah ada kebebasan bersuara..tapi kalau kita ada UMNO yang mana semua kata kami sokongkami bersetuju Yes Minister. jadi nampak tak semacam UMNOlahUMNO dah jadi badan lain.

Wartawan Agendadaily: Dari segi protokol tak kan Tun sebagai bekas Perdana Menteri nak duduk di belakang (bersama perwakilan biasa lain) ?

Dr Mahathir: Semacamsaya biasa duduk belakangjadi Presiden pun saya pi duduk di belakang nak rasa tengok macam mana duduk..dulu dia tunjuk dalam gambar (siar dalam suratkhabar pernah duduk belakang sekejap semasa satu Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu)tak bagi duduk depansaya duduk di belakanglah.

Nanti kata kami sayang kepada Perdana Menteribekas Perdana Menteri janganlah jadi macam tududuk belakangitu bukan sayangitu nak tutup mulut saya.

Wartawan Agendadaily: Ada pandangan yang mengatakan keadaan ini berlaku kerana Tun sudah menguasai selama 22 tahun dan sistem ini berjalan kerana Tun sendiri dah melaksanakannya ( tak boleh kritik pemimpin) sekian lama dalam UMNO...jadi mereka ikut sajalah?

Dr Mahathir: Apa yang saya buatzaman sayasemua orang boleh bercakapTunku Abdul Rahman boleh bercakaptak ada larangan samasekali.masa Tengku Razaleigh lawan dengan sayaDatuk Abdullah (Pak Lah) lawan dengan sayaDatuk Musa lawan dengan sayatak ada sekatanini langsung tak ada kebebasanyang ini yang saya hairan...tak ada kebebasan bagi ahli UMNO nak bercakapbukan sahaja ahli biasa tetapi bekas Presiden pun tak boleh bercakap

Tunku Abdul rahman boleh bercakapTengku Razaleigh kempen seluruh MalaysiaDatuk Abdullah Ahmad Badawi kempen seluruh Malaysiakata saya komunis semuapun saya tak tahankan masa tu saya Perdana Menteri dan Presiden UMNOsaya tak guna kuasa tu nak sekat diatapi sekarang ni macam-macam kuasa kerajaan digunatak bagi permit untuk bercakap.

Wartawan Agendadaily: Jadi apakah Tun tak pernah laksana sistem blacklist penentang Tuncontohnya nama kena mark ( kalau kritik atau lawan ) ?

Dr Mahathir: Tak ada..bahkan akhirnya mereka saya terima balik dalam kabinet.(Datuk) Rais Yatim dah bakar habis dah semua jambatan..tapi masuk jadi menteri..(Datuk) Kadir Sheikh Fadzir,(Datuk) Syed Hamid Albar..bahkan Pak Lah sendiridia tentang sayasaya terimasaya bukan orang yang buat blacklist .

Kalau you berjuang untuk UMNO you ada hak.

Wartawan: Dalam bulan ini ada dua perkataan yang digunakan iaitu iblis adakah Tun terasa iblis itu ditujukan pada Tunataupun perkataan beruk yang disebut oleh menantu Pak Lah (Khairy - beruk yang goyang pokok sekalipun tak ada angin ) apa pandangan Tun atas dua perkataan ini?

Dr Mahathir: Bolehlah takat tubila panggil orang beruk boleh..orang lain jangan mencarut jangan jawab langsungini kebebasanketelusan ..yang kita tengok sekarang ni..mengata kat orang nak panggil orang beruk apa semua.

Saya ni dihasut oleh Matthias ChangIbrahim Ali.

Wartawan: Selama 22 tahun Tun tak pernah guna perkataan ' saya Perdana Menteri' ( yang disebut oleh Pak Lah dalam satu ucapan baru-baru ini ) ..apa pandangan Tun?

Dr Mahathir: Saya anggap walaupun dilantik sebagai Perdana Menteri ...saya sebenarnya servant kepada orangkita dalam kerajaan pun kita kata government servant . Jadi kita tak boleh tunjuk sangat bahawa saya Perdana Menteri boleh buat apa sajacuma memberi doronganmemberi panduanjadi orang lain kalau tak bersetujutak bersetujulah

Jadi nak kata saya Perdana Menterijesteru itu ikutlah sayasebab tu saya kata (dalam ucapan tadi) jangan kata Hidup Mahathir (patutnya) Hidup UMNO Hidup Melayu yang pentingnya UMNO dengan Melayu..bukan sayasaya tak penting

Saya cuma menyuarakan pendapat ramai orang yang telah menyatakan kepada saya rasa tidak puashati merekatetapi hidup dalam ketakutankalau mereka kontraktormereka akan hilang kontrakkalau mereka berkerja dengan kerajaanmaka akan diambil tindakan terhadap merekamacam-macam rasa ketakutan.

Ada Menteri Besar yang diarahtapi bila tanya oh dakdaksaya tahu benda ni berlaku. Diarah oleh Khairy. Ada pegawai kerajaan pun yang diarah.

Wartawan Agendadaily: Dalam persoalan Tun niPerdana Menteri dah arahkan menteri-menteri jawab isu-isu yang dibangkitkanmereka anggap semua dah jawabTun bagaimana?

Dr Mahathir: Saya tanya soal mudah...betul atau tidak awak yang menawarkan bekalan pasir kepada Singapuratak jawabsebaliknya nak suruh saya jawab...macam mana saya nak jawab...dokumen tu ada kat diakalau saya keluarkan dokumen tu ..saya kena tangkaplah...OSA

Wartawan Agendadaily: Tapi Datuk Najib... bila kita tanya hal ini sudah bagi jaminan Tun boleh bagi bukti tu secara tertutup?

Dr Mahathir: (Secara) tutup tak mau...bagi secara terbuka...(kalau secara) tutup dia tak cerita kat orang. Saya nak keluar benda tu...bagi pengakuan sebarang dokumen kalau saya dapat ...saya boleh dedah dokumen itu dan tidak ada tindakan terhadap saya berkenaan OSA...bagi pengakuan bertulis...saya akan kemukakan bukti tu.

Wartawan Agendadaily: Lepas tu Tun akan keluarkan bukti tu?

Dr Mahathir: Saya akan carilah..

Wartawan Agendadaily: Orang semua nak tahu...ada tidak benda tu ditangan Tun sekarang ni ?

Dr Mahathir: Orang nak tau buat apa...kalau orang tahu nanti ambil mai selidik...cungkil ambil dalam bilik rumah saya...tak payahlah, saya taulah cara tu...geledah...geledah.

Wartawan Agendadaily: Ada yang berkata tindak tanduk Tun ni saja nak jejaskan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri akhirnya menumbangkan Pak Lahjadi apa komen Tun?

Dr Mahathir: Kalau dia cuma buat benda yang betultak tumbanglahbila buat tak betul...dia tumbanglah.

Wartawan Agendadaily: Tadi dalam ucapan Tun ada dakwa lepas Tun berhenti jadi PM dua minggu siapa-siapa yang datang jumpa Tun kena blacklist. apakah Tun ada bukti hal ini?

Dr Mahathir: Saya diberitahu mereka yang jumpa saya akan kena blacklist .

Wartawan Agendadaily: Mungkin itu hanya hearsay saja?

Wartawan: Tun dah sign nak bertanding jadi perwakilan. Apa Tun nak buat hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO?

Dr Mahathir: Saya pi duduk di belakanglahkita nak dengarlah apa depa nak cakapkalau ada peluang kita bercakap..kita bercakaplahkot dia boleh bagi lima minit bercakap.

Wartawan: Itu platform besar Tun?

Dr Mahathir: Platform besartapi cakap lima minit saja..

Wartawan Agendadaily: Kalau Tun ada peluang bercakapapa Tun nak cakap..?

Dr Mahathir: (Ketawa ) tu tunggulahkalau saya cerita sekarangtak seronoklahnanti orang tak baca dah suratkhabar.

Wartawan: Bila Tun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Timbalan Perdana Menteri...ada laporan yang dikeluarkan oleh Kongres Amerika tentang penyiasatan Oil For Food punya skandal ( berkaitan Iraq) ada beberapa pemimpin dunia dari Asia,Amerika, Eropah dan sebagainya.Pak Lah sendiri dikaitkannamanya ada tersenarai sebagai beneficiary tetapi tidak ada tindakan diambil masa Tun PM dan sekarang...adakah Tun sedar tentang ini masa Tun PM?

Dr Mahathir: Masa saya PM saya tidak sedarcuma selepas saya letak jawatanlaporan dibuat.yang penting bukan dia beneficiary atau tidak, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau sesiapa yang pegang jawatan (kerajaan) tidak harus terlibat dalam apa-apa transaksi komersial. Nampaknya dia terlibat.Sejauh mana dia terlibat saya tidak tahutetapi saya fikir perlu ada siasatan oleh sebuah badan bebasbukan oleh mereka yang dibawah arahannya.

Wartawan: Ada Pak Lah ditanya mengenai hal ini oleh media macam mana nama dia boleh disenaraikandia menafikan tahu menahu mengenainya tetapi mengakui ada ahli perniagaan yang menemuinya minta surat sokongan dan beri surat sokonganmungkin itu sebabnya namanya ada dalam senarai?

Dr Mahathir: Orang itu adalah kakak iparnyaitu yang saya dapat tahu.

Wartawan: Adakah itu nama-nama dari Malaysia termasuk yang genuine .?

Dr Mahathir: Yang genuine macam Effendi memanglah.....tapi depa ni bukan kerja dengan kerajaan.

Sekurang-kurangnya saya patut tahu atau minta kebenaran sayatetapi ini tidaktidak ada kebenaran dimintadan saya tidak tahu apa-apa mengenainya sehingga saya letak jawatan.

Jika berlaku di zaman (pentabiran) saya Perdana Menteri saya pasti akan menolaknya dan mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Wartawan Agendadaily: Dalam ucapan tadi Tun ada berkata bahawa Datuk Seri Rafidah tidak patut dilantik semula sebagai menteri (dalam kabinet Pak Lah ), boleh tak Tun ulas lanjut hal itu?

Dr Mahathir: Yadia buat sesuatu yang bertentangan dengan dasar kerajaan, sepatutnya dia tidak dilantik. Dia bagi AP kepada kawan-kawandua orang tertentu dan sesiapa lain nak AP mesti beli kepada orang itudan dia tauKenapa bagi pada orang itu supaya orang itu jual

Wartawan Agendadaily: Tun pasti semasa Tun jadi Perdana Menteri dia (Rafidah) tak buat macam tu?

Dr Mahathir: Well..certainly not to that extend adalah orang yang dapat AP tapi dua orang ni, mungki mereka dapat masa saya saya tak dak maklumat langsung.

Wartawan: Persoalannya ialah semasa Datuk Seri Anwar dulu hendak diambil tindakan kes rasuah pada Rafidah, Tun didakwa mempertahankannya?

Dr Mahathir: Macam-macam tuduhan dari Datuk Seri Anwar... saya ni macam jin, kata dialahsaya ni tak patut jadi Perdana Menteri langsung tapi itu tak benar sama sekali saya tak ambil tindakan tapi Badan Pencegah Rasuah ambil tindakan sampai Rafidah komplen cara orang itu ambil tindakan pada dia cukup keras sangatpanggil diasoal diatapi akhirnya mereka buat keputusan tidak ada bukti yang cukup untuk diambil tindakan.

Wartawan: Bukan Tun halang?

Dr Mahathir: Saya tak halangsemua siasatansemuanya saya tak halang. Kalau ada bukti ambil tindakan.

Wartawan Agendadaily: Sekarang ini semacam Perdana Menteri dah tak nak jawab persoalan-persoalan yang Tun bangkitkan dan semacam tak nak layan apa yang Tun cakap, apakah Tun akan terus bercakap?

Dr Mahathir: Saya akan terus bercakapdia tak jawabtak jawablahkerana tak boleh nak jawab... benda tu betul.

Saya kata bagi AP kat Haniff dengan banyakdia tak boleh jawab, benda tu betulsaya kata dia buat tawaran pasir sebanyak satu billion cubic meter dia tak boleh jawab kerana benda tu betul

Kalau dia nak jawabbetullah apa yang Dr Mahahtir kataitu salahlah diadia nak bagi pesawat pejuang Singapura terbang dalam ruang udara Malaysiaitu betul atau tidakkalau dia nak jawab kata betuldia kata betuljadi orang marahlah pada diajadi dia tak jawablahsenyaplah..

Tapi dia gunalah Brendan Preira (Pengarang New Straits Times)pergi cungkil Ani Arope, cungkil Tajuddin Ramli kononnya saya paksa Tajuddin Ramlisaya boleh bagi keratan suratkhabar tentang kenyataan Tajuddin Ramli, apabila dia dapat beli MAS kerana pada masa itu dia ada dua kapalterbang dalam MHS (Malaysian Helicopter Services).. saya boleh bagi kenyataan dia yang begitu seoronok sekali dapat MAS bukan mudah

Wartawan: Tapi dia buat tu macam (kata dia dipaksa beli untuk ' khidmat negara'.?

Dr Mahathir: Ya..lahmacam (Datuk) Nadzmi Salleh (bekas CEO Proton), bila dia berhentidia dapat RM1 juta tapi dia buat kenyataan kata dia tak dapatlepas tu dia datang jumpa saya...dia kata sorrylah tak betulbetullah apa yang Tun katasebenarnya tawaran pada dia cuma RM500 ribu tapi saya yang penaik sampai RM1 juta bagi kat dia pasal saya ingat khidmat dia bagustapi dia mai bagitau kat saya, tak bagi tau kat orang suratkhabar.

Kalau you nak tahu pergi tanya diabetul tak dia datang jumpa saya kat dia dapat RM1 juta kerana saya recommend tetapi Mahaleel, sampai sekarang ni tak dapat satu sen dan yang lain-lain tak taulah... barangkali yang lain dapat tak taulahsaya tau Mahaleel tak dapat ..

Wartawan: Tun Salleh Abas (bekas Ketua Hakim Negara) dakwa masa pentabiran Tun kuasa badan kehakiman 'disekat' ada apa-apa Tun nak kata tentang itu.

Dr Mahathir: Itu adalah persepsi dia..tapi kemampuan saya untuk 'sekat' badan kehakiman tidak ada.Badan kehakiman sebenarnya sudah buat keputusan sebelum datang kepada saya banyak kali.termasuk mengistiharkan UMNO haram (pada awal tahun 1988)..hanya satu cawangan (UMNO) yang kecil buat silap seluruh 2 juta ahli UMNO terpaksa menanggung akibatnyaadakah saya sekat (keputusan) itu.Itu adalah keputusan mahkamah.

Anwar pula dibicarakan selama 9 bulandia ada 9 peguamdan mahkamah putuskanadakah saya ada pengaruh?

Wartawan: Bagaimana Tun nak kumpul sokongan dari kalangan ahli parti dan orangramai pada tindakan Tun ini?

Dr Mahathir: Saya fikir saya kena luahkan hal inikerana ia benar.Saya mungkin tidak dapat sokongan kerana saya tahu ahli UMNO sangat takutkan pucuk pimpinan.

Siapa-siapa yang buat sesuatu yang tidak diluluskan oleh pucuk pimpinan akan terima panggilanmereka terima panggilan dari Perth (masa Pak lah bercuti di sana dulu)...dari merata tempat minta berhenti ( dipercayai merujuk kepada jemputan kepada beliau) dan sikit yang berani membantah.

Jika ini yang UMNO mahunak berpegang kepada orang yang buat tak betul..dan jika kamu tidak mahu ambil balik dari diaini yang kamu terpaksa terima.

Orang dapat kerajaan yang dia sendiri mahukan...dan jika orang dapat menerima pemimpin yang saya kata diktator yang tidak membenarkan saya bercakap kepada UMNO.saya dulu jadi Presiden UMNO selama 22 tahunsaya bebas bercakap dengan ahli UMNOdia juga bebas bercakap dengan ahli UMNOsekarang saya diberitahu saya tidak boleh bercakap kepada UMNO.

Ahli-ahli UMNO tidak boleh menjemput Dr Mahathir.

Saya tahu Majlis Tertinggi telah memutuskan saya tidak boleh bercakap kepada UMNO tetapi bila Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan (masa sidang akhbar)...kata UMNO bebas mengundang sesiapa tetapi mereka sendiri harus bertanggungjawab...tetapi sebenarnya mereka tidak bebas...kerana mereka akan dipanggil dan diminta supaya batalkannyacuba tengok Perlis ( merujuk kepada UMNO Bahagian Padang Besar yang diketuai oleh datuk Zahidi zainol Abidin terpaksa batal jemputan padanya).

Wartawan: Tun kata nak kukuhkan perpaduan dalam UMNOtetapi apa yang sedang berlaku sekarang akan mengakibatkan masalah dalaman?

Dr Mahathir: Bila Tunku Abdul Rahman tidak berbuat sesuatu ada masalah.UMNO adalah milik orangramai dan kena memenuhi aspirasi orangramai.

Wartawan Agendadaily: Berhubung dengan institusi Presiden UMNO dan institusi UMNO itu sendiri, ada tanggapan sekarang bahawa orang UMNO kena menghormati dan mempertahankan institusi Presiden dan kena menghormati institusi UMNO itu, apa komen Tun?

Dr Mahathir: Kalau dia buat tak betul, dalam Islam pun (ketika sembahyang) kalau imam baca tak betul kita kena correct , jadi satu kewajipan pada kita untuk correct Saidina Abu Bakar pun kata, kalau saya buat salah...betulkan sayani takkanlah manusia pun tak boleh tegur, saya cuma tegur

Wartawan Agendadaily: Persoalannya sekarang, cara Tun tegur di luar (secara terbuka) dan cara Tun tegur memalukan Presiden UMNO, Perdana Menteri?

Dr Mahathir: Dulu pun ada jugasaya yang tegur Tunku Abdul Rahman tapi UMNO kekalTunku Abdul Rahman, dia sedar dan dia undurDatuk Onn pun dia sedar dan dia pun undur, ini sampai tak bagi orang bercakap, tutup mulut orangmarah kepada menterisaya tak pernah tengok benda macam nisebab tu saya kena cakap cara keras sikit.

Kalau saya cakap cara bisik-bisiktak lakusaya tau, kalau tidak lama dah saya buat

Wartawan Agendadaily: Seperkara lagi ialah sistem kuota dalam UMNO (iaitu jumlah pencalonan minima yang perlu dapat rebut untuk rebut jawatan utama dalam parti), adakah Tun rasa ia perlu dikekalkan atau diteruskan.

Dr Mahathir: Ada masanya sistem kuota itu perlu, kalau kita berhadapan dengan satu-satu masalahkita tak nak perpecahan, tetapi sebagai sesuatu yang kekal... ia tidak perlu.