Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan akan dapatkan tambahan 12.2 juta dos vaksin dari Pfizer
Diterbitkan:  Jan 11, 2021 12:44 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Kerajaan setuju untuk mendapatkan 12.2 juta lagi bekalan vaksin Pfizer-BioNTech selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menandatangani perjanjian dengan Pfizer Malaysia hari ini.

Perjanjian bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 itu lanjutan kepada perjanjian awal bagi menetapkan terma, yang ditandatangani pada 24 Nov lalu.

Dengan tambahan 12.2 juta dos, Malaysia kini memiliki 25 juta dos vaksin yang akan mampu diberikan kepada 39 peratus rakyat Malaysia pada tahun ini.

Sementara itu, perjanjian hari ini juga melibatkan pemerolehan 12,799,800 dos awal yang akan dihantar bermula akhir Feb ini.

Bekalan itu akan dapat diberikan kepada 20 peratus warga dengan dua dos seorang, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini.

Perjanjian dimeterai secara telesidang antara Adham dengan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool.

Pada 8 Jan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengumumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah membri lampu hijau terhadap vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Walaupun kerajaan masih mendapatkan beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer, kata Khairy, kelulusan itu bermakna vaksin tersebut boleh digunakan di Malaysia.

Selain daripada Pfizer, kerajaan juga sedang mendapatkan vaksin Covid-19 daripada AstraZeneca, selain dalam proses memuktamadkan perbincangan dengan pengeluar lain, seperti Sinovac, CanSino Biologics dan Gamaleya Centre.

Lihat Komen
ADS