Malaysiakini
BERITA

Covid-19: Lima masjid di Kuala T'ganu tutup tiga hari

Diterbitkan

Lima masjid di daerah Kuala Terengganu ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Jan bagi membolehkan proses nyahkuman dijalankan untuk mencegah penularan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu berikutan terdapat kes positif Covid-19 dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk mempunyai sejarah menunaikan solat di lima masjid berkenaan.

"Lima masjid itu ialah Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong.

"Penutupan dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terengganu mencatat 89 kes baru Covid-19 hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.