Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,170 kes, 12 korban, 260 pesakit di ICU
Diterbitkan:  Jan 21, 2021 6:21 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Kes baru hari ini 3,170 kes dengan 12 lagi kematian, maklum KKM, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes harian sedikit menurun hari ini selepas merekodkan 4,008 jangkitan Covid-19 semalam, angka harian kedua tertinggi selepas Sabtu lalu.

Menurut Dr Noor Hisham terdapat 260 kes positif Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka, memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan latar belakang berpenyakit, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 642 kes.

Kes kematian itu melibatkan empat mangsa di Johor, tiga di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 16 lagi kluster baru Covid-19 dilaporkan hari ini, termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat kerja, kata Dr Noor Hisham.

Jelasnya, kluster di tempat kerja membabitkan dua di Kuala Lumpur iaitu Kluster Jalan Terolak dan Kluster Pasar Borong KL; di Johor melibatkan Kluster Seri Bayu, Kluster Tampoi Tujuh dan Kluster Jalan Sempadan serta Kluster Kota Muhibbah dan Jalan Slim masing-masing di Perak.

Juga kluster di tempat kerja adalah Kluster Silimpopon dan Ladang Sebrang (Sabah); Kluster Orion di Kedah serta Kluster Jalan Canang Emas di Selangor.

“Kluster aktiviti keagamaan pula Kluster Taman Sejahtera di Perak, sementara kluster kumpulan berisiko adalah Kluster Mandin Jaya (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Kelapa (Selangor) serta dua kluster jangkitan komuniti ialah Kluster Kampung Tanah Merah (Terengganu) dan Kluster Gunung Raya (Kedah),” katanya.

Kata Dr Noor Hisham lagi, dengan pengesanan kluster baru itu menjadikan jumlah kluster kini 701 dengan 327 kluster yang masih aktif.

Perincian 3,170 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Januari 2021 adalah seperti berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 576 kes

  • 121 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Terolak dan Kluster Pasar Borong KL;
  • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Lima (5) kes import dari luar negara;
  • 261 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 545 kes

  • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Kelapa dan Kluster Jalan Canang Emas;
  • 263 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 238 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 423 kes

  • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 53 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster Seri Bayu;
  • 219 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 107 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 401 kes

  • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Ladang Sebrang dan Kluster Silimpopon;
  • 245 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 123 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 245 kes

  • 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Slim, dan Kluster Kota Muhibbah;
  • 121 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 171 kes

  • 52 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Mandin Jaya;
  • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 156 kes

  • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Orion dan Kluster Gunung Raya;
  • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 135 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 88 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 132 kes

  • 100 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 106 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 102 kes

  • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 57 kes

  • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Tanah Merah;
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 48 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 33 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 32 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis : Lapan (8) kes

  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Dua (2) daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS