Kes Salleh Abas: Param mahu suruhanjaya bebas berwibawa
Siasatan bebas terhadap krisis kehakiman pada tahun 1988 wajar diadakan bagi membongkar mengapa, bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab terhadap krisis tersebut, kata bekas wakil khas Malaysia (berkaitan undang-undang) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Param Cumaraswamy.
Siasatan bebas terhadap krisis kehakiman pada tahun 1988 wajar diadakan bagi membongkar mengapa, bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab terhadap krisis tersebut, kata bekas wakil khas Malaysia (berkaitan undang-undang) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Param Cumaraswamy.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, siasatan tersebut mesti dilihat bebas, berwibawa dan diberikan kuasa untuk memanggil dan memeriksa segala saksi dan bukti.
" Dalam sistem yang ada sekarang ia hanya boleh dilakukan dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan .Satu keazaman politik diperlukan bagi menubuhkan suruhanjaya seperti itu."
" Namun begitu, mampukan sebuah suruhanjaya siasatan memanggil dan menyoalsiasat orang-orang kenaman yang terlibat dalam kes itu?" persoal beliau sambil merujuk kepada bekas Yang Dipertuan Agong, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
"Tentunya semua mereka akan mendakwa mereka kebal dari sebarang soalsiasat mengikut perlindungan yang diberikan kepada orang-orang kenamaan yang pernah berkhidmat kepada negara," kata Param.
"Jika keempat-empat individu itu tidak disoalsiasat, tiada kebenaran dapat dicungkil dari krisis kehakiman itu," tambahnya lagi.
Beliau membuat kenyataan itu bagi mengulas cadangan Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh baru-baru ini yang mahu kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dibuka semula.
Menurut Param lagi, kes tersebut dianggap oleh mesyarakat perundangan tempatan dan antarabangsa sebagai "insiden paling mengejutkan dalam sejarah perlembagaan Malaysia".
Pelbagai pihak termasuk Salleh telah menyokong cadangan Majlis Peguam itu.
Bagaimana kerajaan menolak syor tersebut atas alasan "tiada sebab-sebab kukuh" untuk membuka semula kes tersebut.
Pada 1988, Dr Mahathir pimpinan telah menubuhkan tribunal khas untuk menyoalsiasat Salleh atas tuduhan salahlaku kerana mempertikaikan pindaan perlembagaan yang menghakis kuasa kehakiman.
Dua daripada lima Hakim Mahmakah Agung, Datuk George Seah and Datuk Wan Sulaiman yang mengkritik tribunal tersebut turut dipecat. Berita asal

