Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Pejabat MB Kedah ditutup sementara

Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, akan ditutup sementara susulan berlaku penularan wabak Covid-19 di satu daripada jabatan kerajaan negeri yang terletak di wisma berkenaan.

Menurut makluman yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kerajaan Kedah, pihak pentadbiran di Pejabat Menteri Besar akan ditutup bermula 31 Jan hingga 2 Feb.

Turut ditutup ialah pejabat Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (Jitu) yang terletak di wisma sama, bermula hari ini sehingga 6 Feb bagi membolehkan proses sanitasi dan kuarantin kendiri semua kakitangan pentadbiran itu dijalankan.

Ia dibuat ekoran seorang daripada kakitangan didapati positif Covid-19.

Selain itu, menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook sama, pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) turut memaklumkan, operasi mereka juga ditutup bermula hari ini sehingga 6 Feb.

Menurut hantaran itu, untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LSANK melalui [email protected] atau Facebook rasmi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS