Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hujan lebat dijangka berterusan di Sabah, Sarawak
Diterbitkan:  Feb 1, 2021 4:25 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Jumaat (5 Feb).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat di Sabah dijangka bermula esok sehingga Rabu (3 Feb) melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramal bermula hari ini sehingga Jumaat, membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

- Bernama

Lihat Komen
ADS