Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mulai esok jumlah penumpang ikut kapasiti kenderaan
Diterbitkan:  Feb 18, 2021 6:24 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Kerajaan melonggarkan prosedur operasi piawai (SOP) bagi membendung penyebaran Covid-19, termasuk menambah jumlah penumpang dibenarkan dalam kenderaan.

Mulai esok, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Perkara itu diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

"Jumlah kenderaan ini menimbulkan isu bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan tidak boleh ditinggalkan di rumah.

"Justeru, mesyuarat teknikal mendengar rayuan itu dan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk," katanya.

Ismail bagaimanapun menasihatkan supaya masyarakat terus mengamalkan kawalan kendiri.

Sekarang, hanya dua individu daripada isi rumah yang sama dibenarkan.

Dia juga berkata kanak-kanak dan warga emas masih tidak digalakkan keluar rumah.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan sehingga 1 Mac.

Lihat Komen
ADS