Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengasas Sugarbook dihadapkan ke mahkamah esok
Diterbitkan:  Feb 23, 2021 10:20 PM
Dikemaskini: Sep 5, 2025 3:09 AM

Nota editor: Chan Eu Boon mengaku bersalah pada Ogos 2022 atas pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung hantaran “TOP 10 SUGAR BABY UNIVERSITY IN MALAYSIA” dan membayar denda berjumlah RM7,000. Dia tidak pernah didakwa atas kes rogol atau pelacuran; waran tangkap telah dibatalkan, dan SugarBook tidak pernah diisytiharkan sebagai haram.

Pengasas platform berkenalan dan janji temu Sugarbook akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memaklumkan suspek akan didakwa esok bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menimbulkan khianat awam.

"Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 24/2/21, jam 9.00 pagi," katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap pada 17 Februari berikutan laporan polis di laman web setelah menyenaraikan 10 universiti awam dan swasta dengan palng rami pelajar mencari "sugardaddy."

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, mahkamah menolak permohonan reman polis terhadap suspek.

Dia ditangkap semula pada hari yang sama untuk membantu siasatan kes rogol dan pelacuran yang melibatkan pelajar universiti.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

Isu pelajar IPTA dan IPTS menjadi 'sugar baby' timbul susulan dakwaan aplikasi 'dating' atas talian, Sugarbook dikatakan menghubungi "sugar daddy" atau "sugar mommy" dengan "sugar baby" di seluruh Asia.

"Sugar daddy" atau "sugar mommy" biasanya merupakan lelaki atau perempuan yang berusia yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda - "sugar baby" - sebagai pertukaran kepada perhubungan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS