1,924 kes baru, terendah sejak 4 Jan
Jangkitan baru Covid-19 menunjukkan pengurangan apabila sebanyak 1,924 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi berbanding lebih 3,000 kes semalam.
Ini merupakan angka terendah yang direkodkan sejak 4 Jan lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan terbaru itu menjadikan kes aktif kini adalah sebanyak 28,837.
Dr Noor hisham juga memaklumkan sebanyak 12 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, dengan angka korban kini meningkat kepada 1,100 orang.
Selain itu Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 3,752 pesakit pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh adalah seramai 263,76 orang.
Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 666 kes diikuti oleh Johor (257) dan Sarawak (219).
Sementara itu Negeri Sembilan yang mencatatkan lonjakan semalam merekodkan sebanyak 62 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, lapan lagi kluster baru dikenal pasti pada hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
Sebanyak 205 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu seramai 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Kes-kes kematian pada hari ini pula melibatkan sembilan kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan satu kes di Pulau Pinang.
Berikut bilangan kes mengikut negeri:
- Selangor (666)
- Johor (257)
- Sarawak (219)
- Kuala Lumpur (218)
- Pulau Pinang (162)
- Perak (120)
- Sabah (93)
- Negeri Sembilan (62)
- Kelantan (44)
- Kedah (29)
- Melaka (22)
- Pahang (19)
- Terengganu (6)
- Labuan (4)
- Putrajaya (2)
- Perlis (1)

