Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,680 kes baru, 7 kematian
Diterbitkan:  Mar 6, 2021 6:05 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan ada 1,680 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Lembah Klang terus mencatat lebih 900 kes buat hari kedua, tetapi secara keseluruhan jumlah kes di seluruh negara terus menurun.

Terdapat 826 kes baru di Selangor (yang juga negeri dengan kes baru tertinggi), manakala Kuala Lumpur dengan 81 kes dan Putrajaya dua kes.

Maklumat utama:

  • Kes sembuh: 2,548
  • Kes aktif: 21,159
  • Pesakit dalam ICU: 172
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 84
  • Kematian: 7 (jumlah keseluruhan: 1,166)

Kematian

Kes kematian terbaru Covid-19 melibatkan tiga pesakit di Selangor, tiga di Sarawak dan tiga di Sabah. Kesemuanya adalah warga tempatan.

Semua pesakit yang meninggal dunia ini turut mengidap penyakit lain.

Empat daripadanya berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Jumlah kes mengikut negeri:

  • Selangor (826)
  • Sarawak (221)
  • Johor (139)
  • Negeri Sembilan (89)
  • Pulau Pinang (84)
  • Kuala Lumpur (81)
  • Sabah (74)
  • Perak (68)
  • Kelantan (35)
  • Terengganu (22)
  • Pahang (17)
  • Kedah (11)
  • Melaka (10)
  • Putrajaya (2)
  • Labuan (1)
  • Perlis (0)

4 Kluster baru

KKM turut memaklumkan empat lagi kluster dikenal pasti hari ini, dengan tiga daripadanya melibatkan tempat kerja.

Dalam pada itu, sebanyak 14 kluster diisytiharkan tamat iaitu, Kluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Bayu Satu, Kluster Jalan Jelutong, Kluster Bandar Lama, Kluster Desa Tun, Kluster Kampung Tualang, Kluster Bukit Emas, Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Kiara, Kluster Mandin Jaya, Kluster Kampung Perani, Kluster Bintang, Kluster Jalan Tun Mutalib dan Kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi.

Terdapat 478 kluster aktif setakat ini.

Berikut adalah perincian berkenaan kluster baru:

Kluster Lagoon Selatan

  • Daerah: Petaling, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Syarikat pembersihan di Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 27 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 12 daripada 34 yang disaring

Kluster Firma Dua

  • Daerah: Johor Bahru
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Firma 2/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 4 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 28 daripada 139 yang disaring

Kluster Jalan Haji Malek

  • Daerah: Jasin, Melaka
  • Lokasi / Sumber: Pasar raya di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 21 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 23 yang disaring

Kluster Bukit Tunggal

  • Daerah: Julau, Sarawak
  • Lokasi / Sumber: Bukit Tunggal, Julau
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 28 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 29 daripada 139 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS