Jumlah penularan kes Covid-19 tetap berada pada tahap empat angka walaupun secara keseluruhan ia masih menunjukkan trend penurunan dengan 1,647 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi berbanding 1,438 semalam, dan 1,529 kes pada Selasa lalu.

Seramai 2,104 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes aktif pada 17,544.

Maklumat utama

Kes sembuh: 2,104 kes (300,620 kes kumulatif, 94.1%)

Kes baharu: 1,647 kes (319,364 kes kumulatif)

Kes import: 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,642 kes [1,102 warganegara (67.1%); 540 bukan warganegara (32.9%)]

Kes aktif: 17,544 kes

Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU): 147 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes

Kes kematian: 9 kes (1,200 kes kumulatif, 0.38%; 9 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 712 kes atau 43.23 peratus. Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes atau 86.94 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes atau 10.32 peratus dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes atau10.26 peratus.

Sebanyak116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Johor, dan masing-masing satu kes di Perak, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Maklumat berkaitan kluster

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster setakat tengah hari tadi.

Jumlah kluster: 1,222 kluster

Jumlah kluster baru: 5 kluster

Jumlah kluster tamat: 782 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni, dan Kluster Taman Ikan Jinak);

Jumlah kluster aktif: 440 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baru: 65 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).

KKM juga memaklumkan terdapat lima kluster baru yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.