Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP pecat 8 ahli terima jawatan dari PN
Diterbitkan:  Mar 13, 2021 2:47 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

DAP menggugurkan keahlian tujuh ahlinya di Perak selepas mereka menerima jawatan yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional (PH).

Ketujuh-tujuh mereka dikatakan menerima jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di kampung masing-masing.

Mereka adalah Wong Chee Ming, Choo Kok Cheng, Liew Kee Ho, Loh Kok Weng, Cheng Kai Meng, Khor Ah Lak dan Wong Chee.

Keanggotaan seorang lagi yang dikenali sebagai Chan Fook Ching ditamatkan selepas didapati berkhidmat sebagai pembantu wakil rakyat Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Keahlian Leong digugurkan pada 19 Januari kerana didakwa menjadi ahli MCA.

Dalam satu kenyataan, ketua jawatankuasa tatatertib DAP, Chong Chien Jen berkata semua anggota parti tidak dibenarkan menerima jawatan yang ditawarkan PN tanpa kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.

"Jangan korbankan integriti parti dan kehormatan diri untuk jawatan atau faedah peribadi yang ditawarkan oleh PN.

"Ini bukan hanya tindakan khianat kepada parti tetapi juga pengkhianatan kepada rakyat," katanya.

Leong adalah antara tiga Adun DAP yang keluar parti sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tumbang tahun lalu.

Lihat Komen
ADS