Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
1,063 kes baru, terendah tahun ini
Diterbitkan:  Mar 16, 2021 4:52 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Kes Covid-19 pada hari ini adalah yang terendah untuk tahun ini iaitu berjumlah 1,063 kes. Kes baru harian mencapai kemuncak pada 30 Januari lalu, dengan 5,729 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini 326,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam ciapannya di Twitter berkata pertambahan kes hari ini hanya membabitkan tiga negeri yang mencatatkan kes baru tiga angka.

Katanya, tiga negeri berkenaan ialah Selangor dengan 323 kes atau 30.4 peratus. Daripada jumlah itu, sebanyak 284 kes (88.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 183 kes (17.2 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 175 kes (16.5 peratus).

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut Johor (91), Kuala Lumpur (86), Kelantan (67), Sabah (38), Kedah (32), Perak (24), Terengganu (23), Negeri Sembilan (17), Pahang (2), Labuan (1) dan Melaka (1).

Putrajaya dan Perlis masing-masing tidak mempunyai sebarang kes.


Maklumat utama:

Kes sembuh: 1,365 kes (309,612 kes kumulatif, 95.0%);

Kes baru: 1,063 kes (326,034 kes kumulatif);

Kes import: 4 kes (4 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,059 kes [814 warganegara (76.9%); 245 bukan warganegara (23.1%)];

Kes aktif: 15,204 kes;

Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU): 152 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 68 kes

Kes kematian: 5 kes (1,218 kes kumulatif, 0.37%; semua warganegara).

Lima kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan lelaki warga tempatan dalam lingkungan umur 69 hingga 84 tahun dengan masing-masing menghidap penyakit kronik, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 ialah 1,218 kes.

Tiga kes adalah di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

KKM juga memaklumkan terdapat lima kluster baru yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster komuniti dan dua kluster tempat kerja.

Maklumat terkini berkaitan kluster-kluster:

Jumlah kluster: 1,255 kluster

Jumlah kluster baru: 5 kluster

Jumlah kluster tamat: 827 kluster (termasuk lapan kluster yang tamat pada hari ini)

Jumlah kluster aktif: 428 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baru: 55 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini adalah Kluster Medan Bayan Lepas (58 kes), Kluster Jalan Nusa Mega (28 kes), dan Kluster Kemuning Enam (28 kes).

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS