Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Berjaya Corp Bhd lantik Jalil Rasheed jadi CEO baru
Diterbitkan:  Mar 16, 2021 10:12 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melantik Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru kumpulan itu berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan BCorp berkata mandat Abdul Jalil ialah meneliti semula struktur korporat kumpulan itu, mengoptimumkan kewangan dan sumber manusia, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta tadbir urus korporat dan ketelusan.

Dia turut diberi kepercayaan untuk menyelaraskan pelbagai perniagaan kumpulan bagi mewujudkan dan meningkatkan nilai pemegang saham serta mentransformasi BCorp sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.

Sementara itu, Robin Tan Yeong Ching dilantik sebagai timbalan pengerusi eksekutif berkuat kuasa hari ini dan akan melepaskan jawatannya sebagai CEO kumpulan.

BCorp berkata Abdul Jalil akan bekerjasama dengan Pengerusi Eksekutif Vincent Tan dan Tan sebagai jawatankuasa eksekutif, untuk terlibat dalam semua proses membuat keputusan strategik dan merancang hala tuju perniagaan masa depan kumpulan tersebut.

Sebelum ini, Abdul Jalil merupakan Presiden dan CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd.

Dia mempunyai 18 tahun pengalaman dalam pelaburan dan kepimpinan perniagaan, pernah berkhidmat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura dengan firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments and Invesco Ltd.

Menurut BCorp selain pengalaman dalam pelaburan, Abdul Jalil turut mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat besar selain menerapkan keberkesanan dan kecemerlangan operasi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS