Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Raya di kampung: Boleh atau tidak, KKM putuskan Mei ini
Diterbitkan:  Mar 18, 2021 6:33 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan membuat keputusan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri sempena Hari Raya Aidil Fitri atau tidak, pada Mei ini.

Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dijangka jatuh pada 13 Mei.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata, keputusan berkenaan perkara itu akan mengambil kira keadaan penularan wabak Covid-19 pada masa itu.

"KKM yang akan memberi nasihat kepada jawatankuasa teknikal atau sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada membenarkan (rentas negeri) atau tidak.

"Saya difahamkan Mei nanti, kalau kita semua patuhi SOP dan (kes baru) mungkin turun kepada 500, waktu itu mungkin KKM akan buat penilaian risiko dan menasihati kita.

"Jadi mana-mana yang mahu balik kampung, sama-samalah kita berdoa," katanya.

Pada masa sama, Ismail berkata perjalanan rentas negeri telah menjadi punca banyak kluster.

Ada 32 kluster balik kampung melibatkan perjalanan rentas negeri," katanya.

Mutakhir ini, jumlah kes baru harian terus menurun tetapi kekal empat angka.

Dua hari lalu, MKN telah melonggarkan sekatan untuk beberapa kegiatan sempena Ramadan bulan dapan.

Bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan sembahyang terawih berjemaah dibenarkan dengan Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat.

Lihat Komen
ADS