GLOBAL | Seorang bayi berusia enam bulan disuntik denan vaksin Covid-19 secara tidak sengaja di Chile, lapor agensi berita Sputnik yang memetik penyiar 24 Horas hari ini.

Menurut Sputnik bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan keluarga di petempatan Tirua di wilayah Bio Bio oleh ibunya untuk menerima suntikan imunisasi.

Bagaimanapun bayi terbabit diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Pihak komuniti memaklumkan perkara itu kepada semua pihak berkaitan untuk mengambil semua langkah perlu bagi memantau keadaan bayi tersebut.

Setakat ini, bayi itu belum menunjukkan reaksi negatif. Siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan.

- Bernama