Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah ditutup selepas 11 guru, seorang murid dijangkiti Covid-19

Sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup bermula hari ini selepas 11 guru serta seorang muridnya disahkan positif Covid-19.

Penularan kes di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh dipercayai berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru-guru lain serta murid terbabit.

"Susulan itu sekolah mula ditutup hari ini dan 24 orang guru lagi turut menjalani kuarantin.

"Kes di sekolah itu mula dikesan semalam selepas guru tersebut menjalani ujian swab. Penutupan sekolah dibuat selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Bagaimanapun kata sumber itu, sesi proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini dan esok berjalan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini sehingga 3 April.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada majlis perkahwinan.

Lihat Komen
ADS