Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adham: 438,220 individu telah terima dua dos vaksin setakat ini

Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Adham berkata bagi tempoh sama juga, seramai 687,176 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Covid-19 yang telah diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.

Dia berkata lima negeri yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor (97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak (56,295).

Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang telah melengkapkan dos vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).

Mengenai jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata setakat semalam, seramai 8,902,528 orang atau 36.4 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,347,091.

-Bernama

Lihat Komen
ADS