Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIC Kedah sokong usul presiden, timb presiden menang tanpa bertanding

Usul Presiden MIC SA Vigneswaran dan Timbalannya M Saravanan menang tanpa bertanding pada pemilihan parti yang akan berlangsung dalam jangkamasa yang terdekat, disokong sebulat suara MIC Kedah.

Pengerusi badan perhubungan MIC Kedah S Ananthan mengemukakan usul tersebut dalam mesyuarat agung cawangan MIC Pekan Serdang semalam.

"Setakat ini, usul ini disokong secara sebulat suara oleh kesemua cawangan yang mengadakan mesyuarat agung tahunan yang bermula dari semalam.

"Saya menjangka kesemua 336 cawangan di Kedah akan menyokong usul ini yang kini sedang mengendalikan mesyuarat tahunan sehingga 5 Mei ini.

"MIC memerlukan tokoh berwibawa dan bersifat vokal untuk mencorakkan hala tuju parti yang unggul dan relevan kepada masyarakat India," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, MIC bakal akan mengadakan pemilihan parti di mana penamaan calon dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini, termasuk jawatan presiden dan jawatan penting yang lain.

Parti itu yang kini sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai seorang ahli parlimen, dua anggota Dewan Negara dan tiga Adun.

Lihat Komen
ADS