Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kuiz Undi18' dapat buktikan dakwaan terhadap belia 18 tahun tak benar

Walaupun ada ahli politik mendakwa anak muda 18 hingga 20 tahun belum bersedia untuk mengundi atas isu kematangan, pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berpendapat kematangan dan usia tiada kaitan dengan hak mengundi.

Sebaliknya, ketua pemudanya Siah Kwong Liang berkata ia bergantung sama ada masyarakat di negara ini menyediakan maklumat yang cukup dan ruang terbuka untuk membolehkan orang muda berbincang dan berbahas.

Oleh itu, pemuda KLSCAH berharap melalui "Kuiz Undi18" yang dianjurkan oleh pihaknya dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah ahli politik adalah tidak betul.

"Objektif kami nak pupuk kesedaran sivik orang muda yang berumur 18 tahun dan juga untuk beri kuasa untuk orang muda supaya mereka boleh menyertai dalam membina negara kita," katanya pada sidang media di pelancaran "Kuiz Undi 18" di KLSCAH di Kuala Lumpur hari ini.

Kuiz ini dibangunkan oleh Malaysiakini bersama Pemuda KLSCAH. Portal ini juga menjadi rakan media kempen ini.

Menurutnya, soalan-soalan dalam kuiz tersebut berkisar pilihan raya dan pengundian.

Sebanyak 10 soalan ditanya dan peserta akan memperoleh satu mata bagi setiap jawapan yang betul, dengan markah penuh 10.

Manakala pada akhir permainan, skor purata kumpulan umur individu tersebut akan dipaparkan.

Pemuda KLSCAH akan menaja langganan Malaysiakini selama setahun untuk 20 pelajar. Perserta hanya perlu mengisi borang dalam talian setelah melengkapkan Kuiz Undi18 untuk berpeluang memenanginta.

Langganan tersebut hanya tertakluk untuk pelajar berusia 25 tahun dan ke bawah dan 20 langganan itu akan dipilih secara rawak.

"Sebenarnya, golongan muda amat terpalit dengan isu-isu pengajian tinggi, pengangkutan, perumahan, peluang pekerjaan dan gaji minimum.

"Bagaimanapun, orang muda berusia 18 hingga 20 tahun tidak mempunyai hak mengundi dalam pilihan raya dengan menyatakan pendapat mereka terhadap calon pilihan raya," katanya.

Pada Mac lalu, SPR memaklumkan akan menangguhkan Undi 18 kepada September tahun depan, meskipun menteri undang-undang Takiyuddin Hassan sebelum ini pernah mengatakan ia dijangka dilaksanakan pada Julai.

SPR berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan persiapan untuk menurunkan had usia mengundi.

Bagaimanapun, menurut exco Selangor Ng Sze Han berkata alasan tersebut tidak boleh diterima kerana agensi-agensi kerajaan telah dapat berfungsi seperti biasa ketika itu.

"Sewaktu perdana menteri ketika itu bentangkan RUU pindaan undi 18, kebanyakan menteri sedia ada dalam kabinet sekarang dan ahli-ahli parlimen menyokong.

"Tapi sekarang ahli kabinet dan ahli parlimen tersebut senyap.

"Saya pelik kenapa polisi yang begitu penting, tapi prinsip ahli parlimen itu boleh berubah begitu saja sebab sebenarnya prinsip seseorang ahli parlimen itu perlu kekal apa yang mereka dukung sewaktu RUU ketika itu," kata Adun Kinrara itu.

Lihat Komen
ADS