Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PDRM: Ancaman rogol bukan gurauan, polis pandang serius
Diterbitkan:  Apr 27, 2021 3:02 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Pihak polis hari ini menegaskan tidak pernah menganggap ancaman rogol terhadap seorang remaja perempuan sebagai bahan jenaka.

Menurut sekretariat komunikasi korporat Ketua Polis Negara (IGP) Skandaguru Anandan, timbalan IGP, Acryl Sani Abdullah Sani yang menyebut "mungkin jenaka" semalam merujuk kepada aspek siasatan, bukan bermaksud isu berkenaan sekadar gurauan.

"...'Mungkin gurauan' dalam kenyataan respon kepada wartawan merupakan aspek yang sedang disiasat dan tidak bermaksud bahawa isu itu sekadar gurauan seperti mana digambarkan portal Malaysiakini dan China Press.

"Tiada mana-mana aspek dalam kes berkenaan yang pernah dianggap sebagai gurauan dan Polis Diraja Malaysia memandang serius setiap laporan polis serta sentiasa memberi komitmen bagi menjalankan siasatan terpeinci," katanya dalam kenyataan.

Skandaguru berkata tajuk utama kedua-dua portal itu mengelirukan selain tidak memberikan gambaran tepat mengenai kenyataan yang dibuat oleh Acryl semasa sidang media di Shah Alam semalam.

Malaysiakini telah menerbitkan artikel itu dengan menggunakan tajuk "Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol 'mungkin gurauan rakan sedarjah'.

Terdahulu, seorang remaja perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam, 17,  mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya setelah mendedahkan guru pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah itu membuat jenaka mengenai rogol.

Menjawab media semalam, Acryl berkata pelajar tersebut telah mengemukakan dua laporan polis, masing-masing mengenai gurauan yang didakwa tidak wajar oleh gurunya dan satu terhadap rakan sekelasnya itu.

Lihat Komen
ADS