Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dijangkiti Covid-19, timbalan pengerusi tetap Umno kini kritikal
Diterbitkan:  May 19, 2021 10:04 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Rizuan Abd Hamid dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut Sinar Harian, Rizuan, 66, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, menurut laporan itu.

Rizuan disahkan positif pada 1 Mei lalu. Dia mula menjalani rawatan di ICU PPUM dua hari kemudian.

Isterinya Madinah Mohamad, yang juga bekas ketua audit negara, turut dilaporkan menjalani rawatan di hospital akibat wabak itu.

Bilangan pesakit Covid-19 yang perlu dirawat di ICU kian meningkat mutakhir ini, dengan mencatat rekod baru hampir setiap hari.

Setakat semalam, seramai 531 pesakit wabak itu sedang menjalani rawatan di ICU.

Lihat Komen
ADS