Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MySejahtera sediakan pilihan bantuan isu temu janji vaksin AstraZeneca
Diterbitkan:  Jun 5, 2021 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Aplikasi MySejahtera kini menyediakan arahan panduan bagi mereka yang memerlukan bantuan berkaitan dengan janji vaksinasi AstraZeneca.

Pengguna kini boleh memilih Pilihan A - "janji temu vaksinasi" di bahagian "helpdesk" dan mendapatkan arahan berhubung tiga isu iaitu:

  • 1. Gagal mendapatkan tarikh janji temu, walaupun telah selesai membuat permohonan;
  • 2. Membatalkan janji temu; dan,
  • 3. Menjadualkan semula janji temu menggunakan vaksin Covid-19 jenama lain.

Menurut MySejahtera, alasan utama mengapa pengguna tidak mendapat janji temu walaupun berjaya mendaftar adalah kerana input nombor MyKad yang salah.

Ia kini dapat diselesaikan melalui aplikasi itu.

Bagaimanapun, tidak ada pilihan yang disediakan untuk menjadualkan semula janji temu.

Janji temu untuk program vaksinasi AstraZeneca dipilih oleh pengguna semasa proses tempahan pada akhir Mei.

Proses tempahan vaksin AstraZeneca berdepan dengan pelbagai masalah, namun semua slot akhirnya ditempah sepenuhnya.

Vaksin ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada program pilihan.

Pada 3 Jun, 12.6 juta rakyat Malaysia - kira-kira separuh populasi dewasa - telah mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 sementara 2.2 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos

Lihat Komen
ADS