Malaysiakini
BERITA

Hamzah: Timbalan IGP baru diumum sehari dua lagi

Diterbitkan

Nama timbalan ketua polis negara yang baru akan diumumkan sehari dua lagi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata cadangan nama calon jawatan nombor dua dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

“Sudah kita beri cadangan dan insya-Allah ia akan umumkan tidak lama lagi iaitu sehari dua lagi boleh kita umumkan (Timbalan Ketua Polis Negara),” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan mesra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan Muhyiddin bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam, Hamzah, yang jusa Setiausaha Agung Bersatu, berkata ia adalah perjumpaan mewakili kerajaan dan bukan perjumpaan sebagai presiden Bersatu.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.