Malaysiakini
BERITA

Polis: Kebakaran di IPD Sentul tak libatkan barang kes

Bernama

Diterbitkan

Kebakaran stor simpanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD), di Kuala Lumpur, malam tadi tidak melibatkan barang kes, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim.

Azmi berkata, ia merupakan stor yang menyimpan peralatan lama polis seperti kerusi meja yang lama, serta baja tanaman untuk IPD berkenaan.

“Saya sahkan tidak ada barang kes di stor simpanan yang terbakar itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.57 malam tadi.

Berikutan itu, seramai 15 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta BBP Titiwangsa, dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berkenaan berjaya dipadam sepenuhnya 12.33 tengah malam tadi, dan ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya kepada Bernama.

-Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.