Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,419 kes baru, jumlah kematian lepasi 4,000 korban
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 3:05 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat5,419 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini. Semalam jumlah kes baru menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 pada Ahad.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 1,996 kes.

Ia disusuli Sarawak yang menunjukkan sedikit penurunan pada 718 kes baru berbanding 744 kes yang dicatatkan semalam.

Berikut adalah jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 1,996 (218,477)
  • WPKL - 650 (68,369)
  • Sabah - 230 (66,546)
  • Johor - 366 (65,435)
  • Sarawak - 718 (56,905)
  • Negeri Sembilan - 396 (34,501)
  • Kelantan - 245 (32,512)
  • Pulau Pinang - 124 (32,448)
  • Perak - 68 (23,850)
  • Kedah - 252 (22,322)
  • Melaka - 155 (15,124)
  • Pahang - 32 (11,707)
  • Terengganu - 43 (10,696)
  • WP Labuan - 138 (6,293)
  • WP Putrajaya - 5 (2,131)
  • Perlis - 1 (560)

Berikut fakta-fakta penting hari ini:

  • Kes sembuh : 6,831 kes (593,695 kes kumulatif, 88.9%);
  • Kes baharu : 5,419 kes (667,876 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,413 kes [4,510 warganegara (83.3%); 903 bukan warganegara (16.7%)];
  • Kes aktif : 70,112 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 922 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 450 kes;
  • Kes kematian : 101 kes (4,069 kes kumulatif, 0.61%; 98 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,513 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,735 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 778 kluster.

Sebanyak 101 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 50 kes di Selangor, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Negeri Sembilan, empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pahang, Kedah, dan Kelantan, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, dan Perak.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Lihat Komen
ADS