Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKPD di beberapa mukim, lokaliti di Selangor dan KL
Diterbitkan:  Jul 1, 2021 6:30 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Keputusan itu dibuat melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah apa yang boleh dan tak boleh dibuat sepanjang penguatkuasaan PKPD ini.

Mukim-mukim yang terlibat pula adalah seperti berikut:

Daerah Petaling

Mukim:
∙ Petaling
∙ Damansara
∙ Sg Buloh
∙ Bukit Raja

Daerah Hulu Langat

Mukim:
∙ Hulu Langat
∙ Ampang
∙ Cheras
∙ Kajang
∙ Semenyih
∙ Beranang

Daerah Sepang

Mukim:
∙ Dengkil
∙ Labu
∙ Sepang

Daerah Gombak

Mukim:
∙ Batu
∙ Rawang
∙ Setapak
∙ Hulu kelang
∙ Kuang

Daerah Kuala Langat

Mukim:
∙ Tanjung 12 (1)
∙ Tanjung 12 (2)
∙ Teluk Panglima Garang
∙ Morib
∙ Bandar
∙ Jugra
∙ Batu

Daerah Klang

Mukim:
∙ Kapar
∙ Klang

Daerah Kuala Selangor

Mukim:
∙ Ijok
∙ Bestari Jaya
∙ Jeram

Daerah Hulu Selangor

Mukim:
∙ Serendah
∙ Rasa
∙ Ulu Yam
∙ Batang Kali

Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pula melibatkan lokaliti seperti berikut:

∙ Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
∙ Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
∙ Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
∙ Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
∙ Kampung Padang Balang
∙ Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
∙ Flat Sri Sabah
∙ Kampung Puah
∙ Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
∙ Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri & Delima)
∙ Kampung Batu Muda
∙ Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
∙ Bandar Baru Sentul
∙ Taman Ikan Emas

Selain larangan ini, Ismail berkata pemberian vaksinasi akan dipergiatkan di kawasan-kawasan berikut dan Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan telah memberi jaminannya.

Ismail berkata, keputusan untuk menguatkuasakan PKPD ini dibuat atas beberapa faktor, antaranya trend jangkitan yang tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dia berkata, purata kes baru di Selangor adalah antara 1,800 hingga 1,900 sehari, manakala purata kes baru di Kuala Lumpur antara 600 hingga 1,000 kes sehari.

Purata kes baru untuk tujuh hari terakhir di Selangor dan Kuala Lumpur adalah 2,359 kes dan 781 kes.

"Data unjuran nilai kebolehjangkitan (R-naught) di Selangor dan Kuala Lumpur juga masih dalam lingkungan 1.00 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

"Situasi ini membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baru yang lebih ganas iaitu varian Beta, Delta dan Alpha," katanya.

Kadar R-naught lebih daripada 1.00 menandakan penularan yang meningkat, manakala kadar kurang daripada 1.00 menandakan penularan yang kian berkurang.

Jun menjadi bulan paling ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia di sebalik sekatan pergerakan penuh - dengan SOP yang lebih ketat - dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu.

Secara purata, 80 orang meninggal dunia akibat wabak ini setiap hari pada Jun, atau 3.3 kematian setiap sejam.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata 80 peratus daripada jumlah kluster Covid-19 di negeri itu melibatkan sektor perkilangan.

 

Lihat Komen
ADS