Maseu:Pembelian pesawat Airbus 380 bebankan lagi MAS
Kesatuan Sekerja Penerbangan Malaysia (Maseu) mepersoalkan kebijaksanaan penguruan Penerbangan Malaysia (MAS) membeli pesawat baru Airbus 380 dalam kedudukan kewangannya tidak kukuh sekarang.
Kesatuan Sekerja Penerbangan Malaysia (Maseu) mepersoalkan kebijaksanaan penguruan Penerbangan Malaysia (MAS) membeli pesawat baru Airbus 380 dalam kedudukan kewangannya tidak kukuh sekarang.
Setiausaha Eksekutifnya, Mustafar Maarof menganggap pembelian enam buah pesawat berharga lebih RM900 juta setiap satu itu satu kesilapan besar.
"MAS tidak ada aliran tunai dan ini menjadikan ia tidak mampu untuk membeli dan menyerenggarakan pesawat baru itu.
"MAS baru melaksanakan skim pemberhentian kerja secara sukarela (VSS) terhadap 4,200 pekerjanya. Ini menandakan kedudukan kewangan tenat. Pembelian pesawat baru Airbus 380 bernilai hampir RM5.5 bilion itu akan menambahkan beban MAS," katanya ketika ditemui hari ini.
Mustafar berkata, walaupun kapalterbang itu dibeli oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) dan disewapajak kepada MAS namun syarikat penerbangan nasional itu tetap akan menanggung beban kewangan kerana terpaksa
menanggung kos operasi dan penyerenggaraan yang tinggi
PMB adalah syarikat yang dimiliki oleh Khazanah Nasional di bawah Kementerian Kewangan.
Pesawat pertama Airbus 380 dijangka tiba pada 2009 dari kilang pengeluar di Tulouse, Perancis.
Bagaimanapun Mustafar meragui kemampuan Airbus memenuhi komitmen untuk menghantar keenam-enam pesawat seperti yang dijadualkan pada 2009 kerana syarikat itu akan melakukan pembuangan pekerja tahun depan?
"Dalam tempoh tiga tahun ini syarikat pengeluar mesti menyiapkan 45 pesawat yang ditempah oleh pelbagai syarikat penerbangan dari seluruh dunia sedangkan pembuangan pekerja akan dibuat selepas pilihanraya Presiden Perancis tahun depan," katanya lagi.
.
"Saya risau dengan kemampuan pengeluar menyiapkan pesawat berkenaan mengikut jadual kerana mereka juga dsedang menghadapi maslaah kewangan yang besar," katanya.
Mustafar berkata, jika pengeluar gagal menghantar pesawat Airbus 380 tersebut dalam tempoh masa yang dijadualkan, MAS akan menanggung kerugian.
"Walaupun Airbus kata mereka akan membayar gantirugi jika pesawat lambat sampai tetapi adakah kita boleh mempercayai sepenuhnya janji mereka?" katanya lagi.
Menurut Mustafar, pembelian Airbus 380 juga bermakna MAS terpaksa mengeluarkan berjuta ringgit lagi untuk membina hangar, landasan baru dan pasukan teknikal.
"Apa yang saya nampak ialah MAS terlalu terikut-ikut dengan syarikat penerbangan Singapura (SIA) sedangkan syarikat terkemuka lain seperti Japan Airlines (JAL) dan Cathay Pasific tidak pula menempah pesawat baru tersebut," tambahnya lagi.
Mustafar berkata, cara yang paling baik ialah membatalkan perjanjian pembeliat enam pesawat Airbus 380 tersebut bagi menyelamatkan aliran tunai MAS.

