Takaful Malaysia ucap "Selamat Deepavali"
Takaful Malaysia yang dilanda kontroversi " ucapan hari Deepavali", hari ini mengucapkan selamat Deepavali kepada semua rakyat Malaysai yang beragama agama Hindu.
Takaful Malaysia yang dilanda kontroversi " ucapan hari Deepavali", hari ini mengucapkan selamat Deepavali kepada semua rakyat Malaysai yang beragama agama Hindu.
Dalam kenyataanya hari ini, syarikat insuran itu turut menafikan ada mengeluarkan pandangan yang menasihati kakitangannya dan umat Islam jangan mengucapkan ucapan Hari Deepavali yang kononnya bertentangan dengan ajaran Islam, yang disebarkan melalui e-mel sejak awal bulan ini.
Takaful Malaysia menegaskan bahawa pandangan yang dikeluarkan menerusi e-mel berhubung perkara itu bukan pandangan rasmi Takaful Malaysia.
"Sebagaimana kenyataan Takaful Malaysia sebelum ini, kami sekali lagi ingin memohon maaf di atas sebarang kekeliruan dan ketidakselesaan yang timbul lanjutan daripada e-mel tersebut," kata syarikat itu.
Kenyataan itu merujuk kepada e-mel oleh Ketua Jabatan Syariah Takaful Malaysia, Fauzi Mustaffar kepada kakitangannya pada awal bulan ini yang melarang kakitangannya membuat ucapan selamat untuk perayaan seperti Deepavali, Durga Pooja dan Laksmi Pooja.
Tindakan Fauzi itu kemudiannya diselar beberapa pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM) Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Deepavali tahun ini akan disambut pada 21 Oktober ini.
Ini adalah kali Takaful Malaysia mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Minggu lalu ia memohon maaf berhubung e-mel yang ditulis oleh Fauzi itu.
Dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman web rasminya, syarikat insurans itu memohon maaf sekiranya e-mel tersebut telah mencetuskan kekeliruan dan salahfaham.
Ia menjelaskan e-mel tersebut adalah untuk edaran dalaman dan merupakan satu nasihat atau pandangan peribadi kepada kakitangannya sahaja.
Sementara itu dua laporan polis telah dibuat terhadap Takaful Malaysia berhubung kontroversi ini. Pemimpin DAP, A Sivanesan membuat laporan di balai polis Brickfields petang tadi manakala Hindu Sangam Malaysia (MHS) membuat laporan pada Jumaat lalu.

