Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
15,902 jangkitan baru, 184 kematian
Diterbitkan:  Jul 24, 2021 3:32 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Kes Covid-19 terus memecahkan rekod jangkitan tertinggi dengan 15,902 kes baru dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah terkumpul jangkitan sebanyak 996,393 kes, maklum KKM.

Ini selepas kes semalam dilaporkan sebanyak 15,573 kes, rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.

Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas.

Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,406 kes.

Sabah pula merekodkan kes harian tertinggi hari ini, dengan 712 kes.

Sementara itu, 184 lagi kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban seramai 7,902 orang.

Terdapat 950 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 468 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 9,471
  • Jumlah kes sembuh= 834,858
  • Kes baru positif= 15,902 (25 import)
  • Jumlah positif= 996,393
  • Kes kematian= 184
  • Jumlah kes kematian= 7,902
  • Kes dirawat di ICU= 950
  • Bantuan alat pernafasan= 468

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 7,351 (358,969)
  • WPKL - 2,406 (108,006)
  • Johor - 804 (83,308)
  • Sabah - 712 (78,652)
  • Sarawak - 261 (73,579)
  • Negeri Sembilan - 625 (66,102)
  • Pulau Pinang - 505 (41,524)
  • Kelantan - 502 (39,407)
  • Kedah - 867 (37,261)
  • Perak - 469 (33,310)
  • Melaka - 631 (27,724)
  • Pahang - 406 (20,963)
  • Terengganu - 267 (14,045)
  • WP Labuan - 30 (9,578)
  • WP Putrajaya - 59 (3,317)
  • Perlis - 7 (648)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS