Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP, aktivis lapor polis terhadap menteri 'cuai' tangani Covid-19

Sekumpulan ahli parlimen dan aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan menteri-menteri berkaitan yang menurut mereka "cuai" dalam menangani wabak Covid-19 yang kian memburuk di Malaysia.

"Malangnya kerajaan telah gagal melaksanakan tugas dan langkah mengekang penularan wabak Covid-19 dan menghalang lebih ramai rakyat daripada menjadi mangsa pandemik ini.

"Setelah meneliti data Kementerian Kesihatan (KKM) dan meneliti undang-undang sedia ada, saya ingin memohon polis untuk menyiasat menteri kesihatan dan mana-mana enteri lain yang dipertanggungjawab dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

"Ini kerana saya mendapati wujudnya kecuaian jenayah dalam menjalankan tugas menteri sehingga mengakibatkan penularan wabak Covid-19 dalam komuniti yang membahayakan nyawa serta mengakibatkan kematian," menurut laporan itu yang dibuat pagi ini di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur.

Tujuh ahli parlimen yang membuat laporan polis adalah Azis Jamman (Sepanggar), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Kelvin Yii (Bandar Kuching), Charles Santiago (Klang), Hannah Yeoh (Segambut), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud). Aktivis yang turut serta adalah Ambiga Sreenevasn dan Marina Mahathir.

Seksyen 269 Kanun Keseksaan adalah berkenaan "perbuatan cuai yang mungkin merebakkan penyakit yang berhaya kepada nyawa", manakala Seksyen 304A berkenaan "menyebabkan kematian dengan cuai".

Antara dakwaa kecuaian yang dibangkitkan dalam laporan polis itu adalah jumlah ujian saringan yang tidak memadai, proses mengesan kontak rapat yang tidak efektif, gagal berkongsi data terperinci yang diperlukan kerajaan negeri, gagal melaksanakan kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari Sabah selepas pilihan raya negeri tahun lalu, gagal merancang prosedur operasi standard (SOP berdasarkan sains dan data serta gagal mendapatkan vaksin lebih awal.

"Kami meminta kebertanggungjawaban daripada kerajaan berkenaan cara mereka mengendalikan krisis ini. Kami bercakap tentang nyawa rakyat Malaysia dan mengambil serius perkara ini.

"Maka sebab itu kami buat laporan polis. Mereka (kerajaan) patut tahu ada akibat apabila mereka tidak mengendalikan krisis Covid-19 dengan baik," kata Ambiga.

Fahmi pula membangkitkan dakwaan "berat sebelah" dalam penguatkuasaan SOP antara "VIP" dan orang awam.

Sementara itu, Azis berkata Sabah merupakan antara negeri yang menerima paling sedikit bekalan vaksin.

"Ini mengecewakan dengan megambil kira Sabah adalah negeri luas dan dikatakan punca peningkatan semula kes di Malaysia, tetapi hari ini kami jadi (antara) negeri yang terima paling sedikit vaksin," dakwanya.

Yeoh pula menegaskan laporan itu bukan dibuat terhadap petugas barisan depan, tetapi secara khusus kepada cabang eksekutif dalam kerajaan.

'Saya harap polis memandang serius laporan ini dan membuat siasatan terperinci," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS