Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jabatan kesihatan: Kes pertama varian Delta dikesan di Kelantan

Peningkatan kes Covid-19 di Kelantan sejak beberapa hari ini disebabkan kegiatan hari raya Aidiladha serta kluster yang tercetus daripada aktiviti di pasar harian, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Pengarah JKNK Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya juga mengesan kes pertama melibatkan varian Delta di negeri itu.

"Hampir setiap hari kita rasa bimbang dari segi peningkatan kes, tetapi kita sentiasa memantau.

"Jadi mungkin kelmarin ada peningkatan yang agak mendadak yang disebabkan aktiviti hari raya dan sebagainya," katanya selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Kebangsaan du Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga di Tanah Merah, hari ini.

Mengulas kewujudan varian baru di Kelantan, Dr Zaini berkata satu kes varian Delta dikesan di Pasir Puteh dan terdapat 74 sampel lagi yang diambil serta dihantar ke makmal untuk diuji.

"Sampel berkenaan dijangka akan keluar keputusan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi," katanya yang menyifatkan jangkitan itu amat membimbangkan kerana ia menandakan varian tersebut sudah berada dalam komuniti.

"Nasihat saya kepada semua masyarakat supaya berhati-hati dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana varian baru ini seperti yang diumumkan ketua pengarah kesihatan kadar kebolehjangkitannya lebih tinggi," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS