Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq: PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi
Diterbitkan:  Aug 27, 2021 12:15 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah membazirkan peluang dalam pemilihan kabinetnya.

Syed Saddiq membangkitkan beberapa nama, yang menurutnya, patut dilantik sebagai menteri, iaitu anggota parlimen Pengerang Azalina Othman Said, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan dan serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Mengapa lantik lagi menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari kerajaan ini?

“Jadi kerajaan gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang dua minggu sebelum kembali masuk bertugas,” katanya.

'Komposisi lama #kerajaangagal'

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan mengapa bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said tiada dalam Kabinet baru.

Yeoh berkata pembentukan barisan Kabinet baru tiada banyak perubahan dan terlalu mirip dengan Kabinet bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

"Hanya komposisi lama #KerajaanGagal. Ahli politik yang sama bergilir-gilir memegang jawatan di Putrajaya.

"Kabinet Ismail Sabri tiada apa, lebih kepada inspirasi daripada kabinet Muhyiddin," katanya.

"Kanak-kanak tidak mempunyai wakil yang boleh dipercayai dan macam mana Azalina boleh dikecualikan? Sekarang saya mahu Ismail Sabri lantik Azalina jadi Speaker Dewan Rakyat untuk semak dan imbang," katanya dalam ciapan di Twitter.

Yeoh juga mempersoalkan mengapa ahli parlimen daripada Perlis, Shahidan Kasim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan pengerusi PSM, S Arutchelvan menyifatkan pelantikan kabinet hari sangat anti-klimaks.

"Kesalahan terbesar yang dilakukan Ismail Sabri adalah pengumuman itu disiarkan secara langsung. Digembar-gemburkan tetapi mengecewakan bagi rakyat. Hampir tidak ada perubahan.

"Satu-satunya perubahan yang ketara adalah Khairy menjadikan Menteri Kesihatan sambil mengekalkan semua menteri yang kontroversi.

"Dan ia masih kabinet yang besar. Besar dan besar, "katanya kepada Malaysiakini

Lihat Komen
ADS