story image
mk-logo
Berita
Keputusan permohonan lulusan STPM ke universiti awam diumum hari ini
Diterbitkan:  Sep 15, 2021 4:54 AM
Dikemaskini: 4:54 AM

Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setarafnya diumumkan secara dalam talian mulai 12 tengah hari ini hingga 25 Sept ini, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT memaklumkan semakan status permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Menurut kenyataan KPT itu, setiap pemohon yang berjaya boleh mencetak pengesahan setuju terima dan tawaran serta surat tawaran mulai esok hingga 25 Sept.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA kepada pemohon yang berjaya mulai esok setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut kenyataan KPT tersebut.

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di http://upu.moe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai hari ini hingga sehingga 25 Sept.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad.

“Sebarang permohonan pertukaran program serta universiti adalah tidak dibenarkan, manakala dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baru selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu lagi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian 03-8870 8200 atau e-mel kepada [email protected] atau melayari media sosial Facebook (KEMASUKAN BPKP JPT), Instagram (@KEMASUKANBkpa), sistem maklum balas UPU.

 - Bernama

ADS
Paling Popular
Terkini
ADS