Kerajaan telah mengambil tindakan menggantung penerbitan edisi hujung minggu akhbar Weekend Mail selepas ia menyiarkan laporan dan gambar berkaitan seks yang mencetuskan bantahan awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Abdul Aziz Mohamad Yusof berkata, kementerian bertindak menggantung penerbitan edisi berkenaan selepas pembaca menganggap laporannya mengenai seks itu sebagai melampau, laporan akhbar New Straits Times .

Katanya, laporan dan gambar yang disiarka itu bertentangan dengan "nilai ketimuran" dalam masyarakat Malaysia dan tidak sepatutnya disiarkan, kata akhbar tersebut.

Sebelum ini, pihak pengurusan akhbar berkenaan telah menggantung perkhidmatan editornya berhubung isu tersebut.

Pantang

Akhbar edisi hujung minggu Weekend Mail itu menyiarkan beriata apakah pendapat rakyat Malaysia mengenai seks dengan tajuk muka depannya berbunyai "Let's talk about Sex".

Akhbar tersebut mewawancara 100 orang yang berumur antara 18 hingga 35 tahun, dan mendapati seks bukanlah satu 'pantang. dan orang ramai tidak kisah lagi bercakap mengenainya.

Penyiaran laporan tersebut turut dikritik hebat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keterlaluan.

Tajuk mengenai seks masih dianggap satu 'pantang' untuk dibincang secara terbuka di Malaysia di mana majoriti rakyatnya beragama Islam.

Ogos lalu, pihak berkuasa telah mendenda promoter hiburan kerana menganjurkan konsert kumpulan pop Amerika Pussycat Dolls - yang dikenali dengan pakaian yang terdedah dan provokatif.

AFP

- AFP