Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Korban Covid-19 (14 Okt): 68 lagi maut, jumlah kumulatif kini 27,593
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 8:37 AM
Dikemaskini: 12:37 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat pandemik itu meningkat kepada 27,593.

Daripada kematian terbaru yang dilaporkan semalam, 17.6 peratus atau 12 orang menghembus nafas terakhir sebelum mereka menerima rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian terbaru dengan 16 orang manakala Johor sembilan orang, diikuti Perak (8), Kelantan (6), Sabah (6), Terengganu (4), Melaka (3), Pahang (3), Perlis (3), Pulau Pinang (3), Selangor (3), Kedah (2) dan Negeri Sembilan (2).

Tiada kematian baru akibat Covid-19 dilaporkan di ketiga-tiga kawasan Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod 59 daripada 68 kematian yang dilaporkan semalam - atau 86.8 peratus - berlaku dalam tujuh hari terakhir manakala bakinya berlaku lebih dari seminggu lalu.

Kematian itu bagaimanapun hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Secara purata 216 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding dengan purata tujuh hari sebanyak 87 dan ia menunjukkan trend menurun.

Sehingga kini, 1,385 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sehingga semalam, terdapat 106,047 kes Covid-19 yang aktif. Ini adalah pengurangan sebanyak 19.8 peratus daripada 132.176 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding dengan 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 53.5 peratus daripada 228,125.

Kemas kini KKM selepas tengah malam juga memberikan gambaran lebih lanjut mengenai jangkitan Covid-19 baru semalam.

Daripada 7,950 kes baru, 500 daripadanya adalah dari kluster Covid-19 yang masih aktif.

Mengenai kes berkaitan kluster, 193 (38.6 peratus) berasal dari tempat kerja sementara 95 (19.0 peratus) berasal dari penularan komuniti.

Tujuh puluh lapan (15.6 peratus) lagi berasal dari kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Kes-kes selebihnya dikesan ke kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan (66 - 13.2 peratus), pusat tahanan (44 - 8.8 peratus) dan majlis keagamaan (24 - 4.8 peratus).

Sebelum ini KKM mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada waktu petang.

Statistik kematian kini dikeluarkan setelah tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.

Lihat Komen
ADS