Penggunaan BI ibarat lebuhraya penuh lubang
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik diibaratkan seperti `sebatang lebuh raya yang rosak'.
Wakil Pemuda Umno Perak, Mohd Nor daud berkata, "lubang" ini perlu ditampal segera bagi membendung kemalangan yang bakal berlaku.
"Lubang-lubang ini perlu ditampalkalau tidak kemalangan maut akan berlaku. Lebih baik tampal sekarang daripada menunggu saat akhir," katanya.
Beliau berkata, kepincangan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Sains dan Matematik sudah berlaku di depan mata dan tidak boleh dibiarkan.
Katanya, jika tidak dihentikan segera, lebih ramai anak Melayu akan menjadi mangsa kerana ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan pembelajaran tambahan subjek bahasa Inggeris untuk anak-anak mereka.
Wakil Pemuda Johor, Mat Zan Abu menyokong saranan Mohd Noritu dengan menyatakan bahasa Melayu sudah mampu menjadi bahasa ilmu.
Menurutnya, bahasa Melayu patut dimartabatkan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.
Beliau juga menegaskan, adalah tidak salah Pemuda Umno memperjuangkan bahasa Melayu sebagaimana parti dan bangsa lain memperjuangkan bahasa kaum masing-masing.
"Jika mereka boleh berjuang untuk kepentingan kaum mereka, Pemuda Umno perlu menjadi payung kepada orang Melayu dan bahasa Melayu," katanya.
Sementara itu, wakil Kelantan, Affandy Yussof pula menyokong tindakan poli mahumengenakan tindakan Aktan Keselamatan Dalam negeri (ISA) terhadap mereka menyalahgunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghuruharakan orang Islam.
"Mereka yang menyebarkan fitnah atau khabar-khabar angin tentang murtad memang wajar dikenakan tahanan ISA," katanya.
Beliau turut mengkritik agensi agama yang menurutnya tidak cekap menyebabkan ia menjadi sindiran di kalangan umat Islam sendiri.
Pada masa sama, Affandy mencabar pembangkang memberi bukti mengenai jumlah umat Islam yang telah murtad.
"Jangan bercakap sahajaberi bukti baru betul atau tidak," katanya lagi.

