mk-logo
Berita
5,516 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 20, 2021 6:45 AM
Dikemaskini: 1:58 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,516 kes baru Covid-19, dengan kes terkumpul kini mencecah 2,407,382.

Sejak Okt 9 lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 19) di mana 5,745 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (888)
Sarawak (749)
Sabah (695)
Johor (649)
Kelantan (597)
Pulau Pinang (393)
Kedah (352)
Perak (341)
Terengganu (281)
Kuala Lumpur (259)
Pahang (223)
Melaka (168)
Negeri Sembilan (114)
Putrajaya (29)
Perlis (5)
Labuan (2)

 Sehingga semalam, R-naugh untuk Malaysia adalah 0.88. Nilai R-naught kurang dari 1.00 menunjukkan penularan Covid-19 semakin perlahan.

Kawasan di mana R-naught melebihi 1.00 adalah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Kementerian Kesihatan sedang memantau 614 kluster Covid-19 yang aktif. Jumlah kluster Covid-19 yang aktif telah menurun 19.4 peratus sejak minggu lalu.

Empat kluster baru adalah:

Industri Jalan KPB Tujuh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Ujian awal: 13 daripada 13 dijangkiti (100 peratus)

Industri Jalan P / 1
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Klang
Ujian awal: 63 daripada 499 dijangkiti (12.6 peratus)

Lorong Jelawat Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara
Ujian awal: 14 daripada 97 dijangkiti (14.4 peratus)

Jalan Setiawangsa Sepuluh
Kategori: Institusi Kementerian Bukan Pendidikan
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Ujian awal: 7 daripada 31 dijangkiti (22.6 peratus)


Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini