Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
46 lagi kematian, jumlah korban kini 28,400
Diterbitkan:  Oct 25, 2021 8:45 AM
Dikemaskini: 12:45 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 46 kematian akibat Covid-19 semalam (24 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,400 orang.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 12 orang atau bersamaan 26.1 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Malaysia adalah negara ketiga terburuk di Asia dari segi jumlah kematian Covid-19 per kapita, selepas Iran dan Lubnan.

Kedah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 8 orang, atau 17.4 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti Sarawak (8), Perak (6), Johor (5), Sabah (4), Selangor (4), Terengganu (4), Pulau Pinang (3), Kelantan (2) dan Negeri Sembilan (2).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 39 daripada 46 kematian yang dilaporkan, atau 84.8 peratus, berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 116 kematian kes Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 68 kes dalam masa tujuh hari - menandakan aliran menurun.

Sehingga kini, 2,192 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 75,947 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 18.8 peratus daripada 93,514 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 61.2 peratus daripada 195,838 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 5,666 kes baru semalam, sejumlah 148 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang ada sekarang, menurut Kementerian Kementerian lewat malam tadi.

Daripada kes berkaitan kluster, 91 (61.5 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 37 (25 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 10 pesakit lagi (6.8 peratus) adalah dari kluster kumpulan berisiko tinggi, seperti rumah orang tua.

Kes-kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan acara keagamaan (7 - 4.7 peratus) dan institusi pendidikan (3 - 2 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang.

Bagaimanapun statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.

Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.

Lihat Komen
ADS