Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM: 98.3 peratus daripada 5,726 kes baru kategori 1 dan 2

Sebanyak 5,629 kes atau 98.3 peratus daripada 5,726 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan pesakit kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan berhubung perkembangan kes Covid-19 dalam negara hari ini, dia berkata 97 kes lagi atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

“Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 2,442,224 kes. Bagi kes harian, 15 daripadanya merupakan kes import dan 5,711 adalah kes tempatan.

“Sebanyak 5,607 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 2,340,390. Selain itu, 598 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 308 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster baru dikenal pasti dengan lima daripadanya melibatkan kluster tempat kerja serta masing-masing satu bagi kluster komuniti dan pendidikan tinggi.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.89 dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar Rt paling tinggi iaitu 0.99 manakala Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada pukul 12 tengah malam setiap hari.

-Bernama

Lihat Komen
ADS