Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korban Covid-19 (26 Nov): 48 kematian baru, jumlah keseluruhan 30,195
Diterbitkan:  Nov 26, 2021 8:35 AM
Dikemaskini: 12:35 AM

COVID-19 | Repositori data Github Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 48 kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif korban pandemik berkenaan menjadi 30,195 orang.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan itu, 20.8 peratus atau 10 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Kelantan dan Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan masing-masing lapan orang, menyumbang satu pertiga daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kematian lain ialah enam di Perak, Sarawak (6), Selangor (5), Sabah (4), Pahang (3), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Johor (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 45 daripada 48 kematian terbaru itu - atau 93.8 peratus - berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 54 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 44, menunjukkan trend menurun.

Setakat ini, 1,382 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian dilaporkan pada Okt, berbanding 9,678 pada Sept, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 68,755 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.1 peratus daripada 67,360 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 6.1 peratus daripada 73,260.

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 6,144 kes baru pada 25 Nov, sebanyak 205 daripadanya boleh dikesan berkaitan dengan kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 124 (60.5 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 28 (13.7 peratus) dari institusi pendidikan.

Tambahan 22 lagi (10.7 peratus) adalah daripada kelompok yang dikaitkan dengan penularan komuniti.

Baki kes dikesan kepada kelompok yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (16 - 7.8 peratus) dan acara keagamaan (15 - 7.3 peratus).

Lihat Komen
ADS